Lit Up Pumpkin 5

Tuesday, August 14, 2012


'TOP 5' Sepanjang Zaman Filem Hantu Berkisar Kisah Benar Yg Terbaik

5. AN AMERICAN HAUNTING (2006)


Kisah ini berdasarkan lagenda terkenal Bell Witch. Menurut sebuah artikel yang ditulis pada 1886 oleh seorang pakar sejarah dalam 'History of Tennessee', pada tahun 1804, orang ramai dari segenap pelusuk tempat akan datang berduyun dyun ke kediaman Bell untuk menyaksikan sihir hitam Bell Witch. Bell Witch merupakan satu entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi boleh berhubung dengan manusia, selain daripada bersentuhan, menggangu penghuni rumah dengan membaling gula, mengetuk peralatan rumah malah mencubit ahli keluarga penghuni dan sebagainya. 

Kisah terkenal di sebalik kewujudan Bell Witch adalah kisah tentang seorang perempuan yang bernama Katie Batts yang telah bersumpah di saat terakhir kematiannya akan membalas dendam terhadap John Bell yang dipercayainya telah menipu dia dalam pembelian rumahnya, dan ternyata rohnya telah bangkit semula dan mengganggu John serta anaknya Betsy. 

4. THE EXORCISM OF EMILY ROSE (2005)


Kisah ini terkenal kerana pembicaraan terhadap satu kes pembunuhan oleh paderi yang bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt yang cuba membantu seorang remaja yang dikatakan kerasukan. 


 Filem ini berdasarkan kisah gadis remaja bernama Anneliese Michel (lahir: September 21, 1952 di: Klingenberg, Bavaria, Germany. Mati: July 1, 1976), berusia 17 dan masih menuntut di sekolah menengah. Kejadian bermula dengan serangan sawan yang pertama pada tahun 1968. Seorang pakar otak mengesahkan yang dia diserang penyakit sawan Grand Mal. Sesudah itu dia sering mengalami ilusi yang menakutkan terutamanya ketika bersembahyang. Pada tahun 1975, percaya yang anak mereka kerasukan, kedua ibu bapa Anneliese telah berpaling kepada pengubatan alternatif untuk menghalau syaitan yang menggaggu anak mereka.

 wajahnya yg ketika dirasuk dlm movie 2005

 Tanda tanda awal yang Anneliese kerasukan ditemui oleh seorang perempuan tua yang mendapati kelakuan Anneliese yang berlainan sewaktu perarakan penghijrahan. Antara perkara pelik yang dilakukan oleh Anneliese adalah mencederakan tubuh badannya sendiri, menjilat air kencingnya dari permukaan lantai, menggigit hingga putus kepala seekor burung serta merangkak dan menyalak seperti anjing. Sering kali juga terdengar dia meneriak di sebalik dinding dan mengoyak bajunya serta kencing di dinding.


 Anneliese akhirnya bertindak unutk berpuasa untuk menghalang kedatangan iblis dan makhluk makhluk halus ini. Akibat daripada itu, Anneliese menjadi kurus dan akhirnya meninggal dunia. Kematian Anneliese direkodkan sebagai akibat pengeringan dan kekurangan zat di dalam tubuh badannya.

Di dalam perbicaranan yang diadakan pada tahun 1978 itu, kedua paderi, Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt, ibu dan bapa Anneliese, Josef dan Anna telah disabitkam kesalahan atas tuduhan kecuaian hingga menyebabkan kematian.Jasad Anneliese di kebumikan di kawasan perkuburan yang dikhaskan untuk anak anak di luar nikah dan orang orang ang telah membunuh diri. 2 tahun selepas itu, Kubur Anneliese dibongkarkan semula kerana ibu bapanya mahu menukar keranda yang lebih baik untuk Anneliese. Tapi menurut khabar, kubur Anneliese di gali semula kerana mayatnya harus dibakar setelah ibubapanya menerima khabar daripada seorang paderi wanita yang mengatakan bahawa dia menerima visi yang keadaan mayat anak mereka masih lengkap. 

Kata terakhir Anneliese pada hari dia meninggal dunia ialah "Memohon pengampunan" dan kepada ibunya, Anna "Ibu, saya takut.".

"I know that we did the right thing because I saw the sign of Christ in her hands. She was bearing stigmata and that was a sign from God that we should exorcise the demons. She died to save other lost souls, to atone for their sins." - Anna Michel (Anneliese's mother, 2005)

3. THE ENTITY (1981)



Kisah ini berkisarkan tentang seorang wanita yang mengaku dirinya didera malah dirogol oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sukar unutk mempercayai kewujudan hantu atau mahluk halus, inikan pula hantu yang merogol orang!!

Doris Bither yang sememangnya mangsa dera semasa kecil mendakwa dirinya di dera secara fizikal dan seksual oleh entiti tersebut. Dia mendakwa sering terlanggar dengan entiti ini dan sering di seksa secara fizikal. Anak anaknya juga mengaku sering terserempak dengan bayangan entiti ini sehingga menamakan salah satunya, mr. Whose-it. 

Tapi apa yang lebih menarik adalah pengakuan Doris yang menyatakan dirinya juga di rogol oleh entiti ini. Dua daripada entiti ini bertubuh agak kecil akan menahan tangannya sementara satu lagi yang bertubuh paling besar akan merogol dia. Anak sulung Doris juga mengaku pernah melihat ibunya di humban tanpa ada apa apa yang kelihatan, malah satu ketika dia cuba menolong tetapi bagai ada ada satu tenaga yang menolak dia hingga tersungkur. 

2. THE AMITYVILLE HORROR (1979)


Kisah terjadi disebalik filem ini adalah mengenai pembunuhan sekeluarga seramai 6 orang. Pada 14 November seorang lelaki bernama Ronald "Butch" 



Butch pernah mengacukan senapang kepada ayahnya dalam satu pertengkaran tetapi untuk sebab tertentu, senapang itu tidak meletup. Butch juga cuba memperdayakan ayahnya dengan melakukan rompakan palsu apabila ayahnya menyuruh dia menghantar wang dari tempat pernigaannya ke bank. Polis telah dipanggil untuk melakukan siasatan. Seminggu kemudian dia dan ayahnya terlibat dalam satu pertengkaran besar. 

Pada satu malam bulan November 1974, Butch pulang ke rumah dan membunuh keluarganya dengan sepucuk senapang patah. Pada malam 14 November itu, Butch dengan lagak biasa memasuki bilik ayahnya dan menembak ayahnya sebelum menembak ibunya sebanyak dua kali. Kemudian dia turun ke ruang tamu dan menembak dua adiknya, John dan Mark. Adik perempuannya, Alison terbangun sedikit ketika dia memasuki biliknya dan tanpa membuang masa dia terus menembak Alison. Seterusnya dia menembak seorang lagi adiknya, Dawn. 

nilah kejadian yang benar benar telah direkodkan. Kira kira setahun selepas kejadian pembunuhan keluarga Defoe, keluarga Lutz telah membeli rumah tersebut dan mendudukinya. Walaupun pernah mendengar kisah Ronald Defoe namun George Lutz tetap mahu memilikinya kerana itu merupakan rumah impiannya. Kejadian aneh berlaku saat mereka pindah masuk. Keluarga Lutz hanya bertahan selama 28 hari di situ sebelum berpindah keluar daripada rumah tersebut. Selama 28 hari itulah bermacam macam kejadian aneh berlaku.

1. THE HAUNTING IN CONNECTICUT (2009)


Filem ini adalah filem hantu yang terbaik. Selain daripada nama keluarga yang telah ditukarkan daripada keluarga Snedeker kepada keluarga Campbell di dalam filem tersebut, yang lain adalah benar seperti yang diceritakan. Memang menyeramkan.


 Sebuah rumah terletak di 208 Meriden Avenue daerah Southington, Connecticut, telah disewa oleh keluarga Snedeker pada tahun 1986. Carmen Snedeker, berasa gembira setelah dapat menyewa sebuah rumah dengan nilai yang jauh lebih murah daripada harga sebenarnya. Setelah berpindah, keluarga Snedekar mula mengetahu bahawa rumah itu sebenarnya rumah penyimpanan mayat. Peralatan untuk membedah mayat atau mengurus mayat masih tersimpan di dalam rumah tersebut dan tersembunyi di sebalik dindingnya. Tidak berapa kemudian, keluarga mereka diganggu oleh mahluk halus seperti jin dan syaitan. Anak lelaki sulung mereka pula dikatakan menjadi sasaran utama mahluk halus ini dan menjadikan dia mula bertukar personiliti. Air untuk mengelap lantai menjadi darah. Makanan yang di simpan di dalam peti sejuk menjadi basi. Suara asing memang biasa kedengaran. Kelakuan anak lelaki mereka bertambah aneh dan terpaksa dikeluarkan daripada rumah tersebut. Sewaktu berada diluar, dia berransur pulih sehingga dia kembali ke rumah itu semula. Malah Carmen juga mengaku yang dia dan suaminya juga pernah dirogol dan disodom.

Ed dan Lorraine Warren, penyiasat paranormal telah di hubungi untuk membantu mereka yang kemudiannya datang dan mengatakan rumah mereka telah diduduki jin dan syaitan. Mereka juga mengatakan salah seorang pekerja rumah mayat itu adalah necrophilia, iaitu orang bernafsu seks terhadap mayat. Ed dan Lorraine kemudian telah mengupah Ray Garton untuk menulis sebuah buku mengenainya yang berjudul "In a Dark Place: The Story of a True Haunting." Garton mengatakan adalah sukar untuk dia menulis buku tersebut kerana tiada persamaan di dalam cerita daripada setiap ahli keluarga Snedeker.



movie trailer of THE EXORCISM OF EMILY ROSE (2005) 

Antara semua movie2 ni, yg pernah saya tontoni cuma : THE EXORCISM OF EMILY ROSE (2005)
bgi saya movie ini hebat . Saya suka jalan cerita movie ini. Jdi bgi sesiapa yg ingin menontonnya . Tontoni dulu movie trailer  THE EXORCISM OF EMILY ROSE  

0 comments:

Post a Comment