Hotel Stanley & THE SHINING
Pada tahun 1977, Stephen King telah menerbitkan sebuah novel bertajuk “The Shining” . Pada tahun 1980, Stanley Kubrick telah membeli hak untuk menghasilkan sebuah filem dan menjadi antara filem seram paling diingati di Hollywood.
King telah menghasilkan novelnya berdasarkan pengalamannya sendiri tinggal di sebuah hotel yang bernama Hotel Stanley. Ia merupakan sebuah hotel yang dibina oleh Freelan O. Stanley pada tahun 1909 dengan 138 bilik di Estes Park, Colorado. Ramai orang terkenal yang telah menginap di hotel ini, termasuk Margaret Brown, John Philip Sousa, Theodore Roosevelt, Maharaja Jepun dan personaliti Hollywood yang lain sebelum ia mula dikenali sebagai hotel yang berhantu,.
Sekitar Halloween 1974, King dan isterinya Tabitha memutuskan untuk pergi bercuti di Hotel Stanley dan telah ditempatkan di bilik 217 yang dikatakan berhantu. Pada malam pertama mereka di sana, King bermimpi anak lelakinya berlari di sepanjang koridor hotel, memandang ke belakang dengan mata yang terbeliak sambil menjerit kerana dikejar hos bomba. Hal itu akhirnya dijadikan satu daripada babak novel dan filem “The Shining”.



.jpg)

0 comments:
Post a Comment