Lit Up Pumpkin 5

Thursday, June 20, 2013

9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia



Tuen Mun Road – Hong Kong


Dianggap sebagai salah satu jalan paling maut di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak mengorbankan mangsanya selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan paling penting dan salah satu jalan paling banyak dilalui di Hong Kong. Tuen Mun Road dihantui oleh mereka yang telah terkorban di jalan itu. Dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pemandu sering terbabas dari jalan yang mengakibatkan kemalangan dan kematian. Korban-korban baru ini pula kemudiannya menghantui kembali dan menyebabkan kemalangan.




A229 – United Kingdom

The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama dikatakan sebagai seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari perkahwinannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah hantu yang sering menumpang kereta dan berbual tentang semua hal dengan pemandu kereta . Setelah pemandu tiba di destinasinya, hantu ini menghilang.




Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat

Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang merentasi seluruh Boone County, Illinois. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri, dan bahkan seorang kanak-kanak yang pernah digilis kereta api. Beberapa pelajar sekolah juga pernah maut ketika bas terbabas dari jambatan di daerah ini.




M6 –United Kingdom

M6 di UK telah wujud selama hampir 2000 tahun, justeru tidak menghairankan terdapat lagenda seram disampaikan dari waktu ke waktu. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penjajahan Rom di UK, dan sehingga kini dikatakan roh tentera Rom masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang berjalan melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita di sepanjang sisi jalan.





Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat

Menurut cerita, sebuah pasukan pengakap kanak-kanak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an menyertai sebuah ekspedisi di kawasan ini. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, salah seorang peserta lelaki dengan sengaja membakar kawasan perkhemahan itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan mengorbankan seluruh pasukan. Meskipun tidak ada catatan atau bukti nyata dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tetapi terdapat banyak cerita tentang kegiatan paranormal dan kemunculan hantu di kawasan ini.




A75 Kinmont – Scotland

Digelar sebagai “jalan hantu,” jalan di barat daya Scotland ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah dilaporkan dapat melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang, orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.




N9 – Afrika Selatan

Bahagian jalan di antara Uniondale dan Willowmore dikenali sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom ini sangat sinonim dengan hantu yang dikenali sebagai Roux Charlotte Marie, iaitu seorang gadis yang maut dalam kemalangan kereta pada tahun 1968. Sejak itu, hantu Roux Charlotte Marie dikatakan sering menjadi penumpang belakang kenderaan yang melalui jalan itu, dan kemudian menghilang secara misteri.




Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat

Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih dan biru. Wanita itu dikenali sebagai Annie, dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya telah diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada tengah malam mendakwa mereka dapat melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan selalunya muncul pada ulang tahun kematiannya pada setiap tahun .




Terowong Belchen – Swiss

Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel ke Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ.

Wednesday, June 19, 2013

Hutan Tempat Lebih 100 Orang Bunuh Diri Setiap Tahun


Aokigahara merupakan sebuah kawasan hutan di kaki gunung Fuji yang juga dikenali sebagai Jukai (Sea of Trees) yang terletak di Jepun.
Sekali pandang, hutan ini sangat tebal dan gelap sehinggakan jika tersesat mungkin tiada kemungkinan untuk dijumpai semula. Tapi bukan itu sahaja yang unik dan seram mengenai hutan ini. Ianya adalah hutan terkenal untuk bunuh diri.




(Golden Gate Bridge di San Francisco)


Setiap tahun lebih kurang 100 mayat yang dijumpai kerana mati membunuh diri di hutan tersebut tapi bilangan yang tidak berjaya dijumpai mungkin lebih ramai. Dikenali sebagai tempat membunuh diri paling popular di Jepun, dan kedua di dunia selepas Golden Gate Bridge di San Francisco.

Dikatakan trend membunuh diri di hutan Aokigahara ini bermula selepas Seicho Matsumoto menulis novel bertajuk Kuroi Kaiju (Lautan Hutan Hitam) di mana dua pasangan kekasih mati membunuh diri di situ. Selain mayat, tulang dan barang peninggalan yang ditinggalkan si mati, hutan itu juga dipenuhi dengan papan tanda yang menasihati mereka yang berhasrat untuk membunuh diri supaya memikirkan semula niat mereka.




Antara yang tertulis pada papan tanda tersebut; "Hidup anda adalah sebuah hadiah yang sangat berharga daripada ibu bapa anda. Tolong fikirkan keluarga anda. Jangan simpan masalah anda, luahkannya kepada mereka yang terdekat."


Suicide note yang tergantung pada pokok di hutan tersebut, tertulis "Don't look for me"
Dalam kebanyakan kes apabila pita tersebut dijejaki, selalunya akan terdapat kesan seseorang pernah berada di situ atau yang malangnya, menjumpai mayat yang membunuh diri.


Kadar membunuh diri di situ dikatakan meningkat pada bulan Mac, di mana ianya merupakan pengakhiran tahun fiskal bagi negara Jepun. Untuk mengurangkan nama Aokigahara sebagai jolokan tempat untuk membunuh diri, kerajaan Jepun telah berhenti mengeluarkan statistik kematian di situ.Mungkin ini harga yang perlu dibayar bagi negara maju seperti Jepun di mana kebanyakan rakyatnya siang malam bekerja dan belajar sehingga timbul tekanan hidup yang terlampau tinggi yang akhirnya tidak dapat lagi dibendung. Akhirnya, membunuh diri menjadi punca penyelesaian terakhir.






Wednesday, June 12, 2013

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Tidak Diketahui





Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada. Di sini saya ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang saya sendiri pun tidak pernah tahu. Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel.


Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. 

5 Negara Paling Bahaya Untuk Wanita








1. Afghanistan
-  Sahar Gul, gadis diseksa suami
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.
Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan.
Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.
“Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan lidahnya dikerat dengan playar,” kata jurucakap polis Baghlan.
Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.
Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya.
Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

2. Pakistan
-  Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.
Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara. Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya.
Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel. Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat.
Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

3. India
-  Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu.
Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.
Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir.
Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa. Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tempat ke 4 yang berbahaya ialah Congo

Tempat ke 5 yang berbahaya ialah Somalia

Penemuan Tubuh Manusia Di Dalam Perut Ikan Jerung 


Humphrey Simmons, sebuah pekerja bank telah berjaya menangkap seekor ikan jerung yang luar biasa beratnya jika dibandingkan dengan saiz ikan jerung berkenaan. Ikan itu ditangkap ketika beliau dan rakan²nya iaitu Keith Fergusan dan Stanley Bernard pergi menangkap ikan di laut pada suatu pagi Sabtu. Namun telah terjadi sesuatu yang sangat mengerikan apabila ikan jerung itu memuntahkan sebelah kaki manusia! Mereka akhirnya membuat keputusan untuk membelah perut ikan berkenaan bagi tujuan mencari jasad mayat yang mungkin masih berbaki di dalam tubuh ikan jerung tersebut kerana mereka percaya ikan jerung itu sudah membaham manusia.








Sunday, June 9, 2013

5 Lagi Filem Horror Tersadis Yang Dilarang Untuk Ditayangkan


Bila anda berani menonton horror movie, Don't be so Proud first ?!
5 lagi horror movie berikut ini tersenarai sebagai Filem Horror tersadis yang pernah dibuat sehingga beberapa negara sempat melarang filem-filem ini untuk ditayangkan.






1. Freaks (4 negara yang melarang)


Seorang cebol pemain Circuit yang mendapatkan warisan dari keluarganya diracuni dan ditipu oleh seorang wanita cantik dan kekasihnya yang kuat. Para pemain Circuit yang lain tahu dan membalas dendam dengan cara mereka masing-masing. Film ini dibuat pada tahun 1934.



2. Hostel (5 negara yang melarang)

Film ini dibuat dengan beberapa seri. Seri pertama dibuat pada tahun 2005 dan seri yang kedua pada tahun 2007. Film mengisahkan usaha para pelajar malang yang terjebak di sarang pysichopat di sebuah hotel di Eropah timur. Satu persatu daripada mereka menjadi korban penyiksaan. *Saya ingin sekali menonton movie Hostel ini, ia nampak hebat!?*



3. SALO (6 negara yang melarang)

Film ini dibuat berdasarkan novel yang berjudul SALO yang ditulis oleh Marquis de Sade’s. Ceritanya berkisahkan seorang penguasa fasis yang hobinya adalah menculik anak-anak remaja untuk disiksa dan dimutilasi. Film ini dibuat pada tahun 1976.


4. Last House On The Left ( 7 negara yang melarang)

2 orang gadis mencuba mencari ubat terlarang dan akhirnya mereka terjebak di sarang bajingan. Mereka disiksa dan diperkosa. Para bajingan pun mula mengincar orang tua mereka. Cerita diakhiri dengan pembalasan terhadap para bajingan oleh kedua korban itu dengan menggunakan gergaji mesin. Film ini dibuat pada tahun 1972.


5. I Split On Your Grave (12 negara yang melarang)

Seorang wanita kota pergi ke desa untuk bercuti. Malangnya di desa itu ternyata banyak geng jahat dan dia telah diperkosa secara bergilir. Akhir cerita ini, wanita itu menuntut balas dengan membunuh setiap anggota geng itu dengan berbagai cara, dia memulakan misi pembunuhannya dengan memotong alat kelamin lalu menggantung tubuh mereka. Film ini dibuat pada tahun 1978.



*Dalam semua filem ni, saya setuju movie "SALO" dilarang untuk ditayangkan kerana movie ini mengandungi terlalu banyak scene-scene naked (bogel). Ketika saya menggoogle search image, image movie SALO sangat 18XxX, tak kira kaum Hawa atau Adam, semuanya naked, memang tak patut movie ini dikeluarkan*

Saturday, June 8, 2013


5 Hacker Tersadis Di Dunia






1. Jonathan James

James adalah orang Amerika. Ketika dia baru berumur 16 tahun, dia dihantar  ke penjara kerana kelakuannya di dunia maya. Laman Jabatan Pertahanan Amerika dihack olehnya dan dia cuma mengatakan bahawa itu hanya cabaran bagi dia dan merupakan suatu kesenangan tersendiri. NASA juga turut terkena kesan keisengan dia, James mencuri software NASA yang diperhitungkan sebanyak $1.7 juta dollar AS. sehingga NASA dipaksa untuk mematikan server dan sistemnya kerana kelakuannya. Dia tidak dibenarkan menyentuh komputer selama 10 tahun. Tapi kini dia sudah berada di jalan yang benar dan telah menjalankan sebuah perusahaan keamanan di bidang komputer.



2. Adrian Lamo

Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info personal dan beberapa security number dan dia juga menghack Microsoft. Akhirnya dia dikenakan denda sebanyak $65.000 dollar US. Kini, dia telah menjadi pembicara di beberapa acara seminar.




3.  Kevin Mitnick

Inilah dia legenda yang benar-benar mantap dalam dunia hack.  Inilah kelakuan dia :
-Menggunakan Los Angeles bus transfer system untuk mendapatkan tumpangan gatis
-Mengelabui FBI-Hacking ke dalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan administrator positon dalam satu komputer IBM untuk menang judi
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.

seorang white hat hacker yang bernama Tsutomu Shimomura juga turut (merupakan top 5 white hat hacker) dihack komputer systemnya oleh Kevin Mitnick. Dia dikesan dan ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan dia (tracking) melalui jaringan HP’ yang dibawanya ketika itu. Tetapi sekarang dia sudah taubat dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pembicara.




4. Kevin Poulsen

Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh lines phone station kerana Memang kemahiran dia menghack melalui phone lines. Kini, dia telah menjadi senior editor di Wired News dan dia juga turut berhasil menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.




5. Robert Tappan Moris

Dia berasal dari Hannover Jerman. Dia menamakan komputernya " FUCKUP " ( First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa keberhasilan dalam menghack pada kurun 1985-1988. Dia juga seorang cocaine addict.
Dia berhasil menghack beberapa sistem militer AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hackkannya dijual ke KGB ( Agen Rahsia Uni Soviet ). Dia ditemukan mati pada tahun 1988. Menurut sumber, dia dikatakan telah membakar tubuhnya sendiri, namun sesiapa yang  tahu yang dialah merupakan konspirasi tingkat tinggi antara US dan Soviet pada perang dingin.



10 Alat Penyiksa Tersadis di Dunia





1.THE SAW

Siapa yang akan terfikir bahawa salah satu alat paling berguna yang pernah ditemukan oleh manusia juga turut menjadi salah satu alat penyiksa yang paling sadis ?
Gergaji, yang telah membantu umat manusia menebang pohon untuk membangun rumah-rumah dan pusat perbelanjaan juga memiliki masa lalu yang gelap sebagai alat penyiksaan / eksekusi.

Korban perangkat eksekusi yang brutalnya (kekejamannya) tidak dapat digambarkan ini pertama korban akan digantung terbalik dan kaki dibuka lebar. Posisi seperti ini memiliki tujuan: untuk mengisi kepala korban dengan darah (darah turun ke kepala) kerana dengan itu memungkinkan mereka untuk tetap sedar selama proses penyiksaan dengan gergaji melalui selangkangan, kadang-kadang korban digergaji sampai ke bahagian tengah tubuh sebelum mereka pengsan atau mati. Bayangkan bagaimana gergaji dengan tepi bergerigi itu yang biasa dipakai untuk memotong kayu kini melakukan penyentuhan terhadap daging dan tulang dengan gerakan bolak-balik di atas tubuh korban yang bergelimangan darah dan menjerit kesakitan.






"The Brazen Bull" (2011) Directed by Douglas Elford-Argent.

2. The Brazen Bull

Merupakan salah satu alat penyiksaan paling brutal menurut Wikipedia.
Jadi awalnya, The Brazen Bull dirancang pada zaman Yunani oleh Pherillos dari Athena dan Pharalis seorang tiran dari Agrigentum. Perillos mencetuskan idea kpd Pharalis, konsep baru alat untuk mengeksekusi penjahat. Alat itu diperbuat daripada kuningan dan berbentuk benteng dengan pintu disampingnya. Si terhukum akan dikurung di dalam benteng itu dgn api yang menyala dibawahnya, benteng itu dipanasi sampai "merah" sehingga orang yang di dalamnya akan terpanggang hidup2 hingga mati. Pharalis merancang design benteng itu dgn sistem yg kompleks dan sedemikian rupa sehingga jeritan para tawanan di dalamnya akan terdengar seperti lenguhan benteng yg sedang marah. Kisah alat penyiksa ini begitu terkenal sekali sehingga munculnya movie mengenainya. "The Brazen Bull" an 2011 American thriller/horror.







3. Spanish Donkey

Spanish Donkey ialah salah satu kaedah penyiksaan yang paling sadis di antara yang tersadis sepanjang sejarah. Bayangkan, si korban didudukan pada papan kayu yang ujungnya tajam dan berbentuk V. Kaki korban dipasang dengan alat pemberat, dan beban berlebihan yang bertumpu pada si korban menyebabkan ujung kayu yang tajam itu perlahan2 menyayat tubuh si korban dan membelahnya jadi dua.





4. Breast Ripper

Breast Ripper ialah alat yang digunakan untuk memotong payudara para wanita yang dianggap kotor seperti pelacur, penggoda, tunasusila dan wanita yang kehilangan kesucian/perawan mereka.


5.Tongue Tearer

Berani bohong ? lidah anda menjadi taruhannya. Dapat dibayangkan apa yang bakal terjadi pada lidah kesayangan anda bila anda berani berbohong hanya dengan melihat alat ini.







6. Judas Chair

Prosedur ini pada dasarnya tetap tidak berubah dari Abad Pertengahan hingga ke hari ini. Para korban diikat kaki tangannya lalu digantung, dan didudukan pada ujung titik piramid, dan titik tsb diposisikan dalam anus, di vagina, di bawah skrotum atau di bawah tulang ekor (yang terakhir dua atau tiga tulang belakang). Korban akan dibuat bergoyang atau dibuat berulang kali jatuh ke titik. Kerusi Yudas juga disebut dalam bahasa Italia (culla di Giuda) dan Jerman (Judaswiege), tetapi dalam bahasa Perancis itu dikenal sebagai (la Veille), "setelah" atau "nightwatch". Saat ini kaedah tsb banyak dijumpai oleh pemerintah di Amerika Latin dan di tempat lain.





7.Scavenger's Daughter

Scavenger's Daughter diciptakan sebagai alat penyiksaan di masa pemerintahan Henry VIII oleh Sir William Skevington (juga dikenal sebagai William Skeffington), Leftenan dari Tower of London. Scavenger's Daughter digunakan untuk menekan tubuh korban agar korban merasa kesakitan dan tersiksa. Posisi kepala korban ditundukkan ke bawah dan lutut menekuk seperti pada posisi duduk, agar darah dari hidung dan telinga dapat keluar.







8. Knee Splitter

Alat penyiksaan yang cukup popular pada era abad pertengahan. Knee Splitter, seperti namanya (knee = lutut, splitter =penghancur), merupakan alat untuk mengoyak lutut korban dan kemudiannya korban akan ditinggalkan begitu saja dengan lutut hancur. Alat pengoyak lutut ini dibuat dari dua papan kayu berduri, ditempatkan di atas dan di belakang lutut korban. Dua skru besar yang menghubungkan antara blok diberbalikkan, menyebabkan dua blok berduri tsb menutup antara satu sama lain dan secara efektif menghancurkan lutut korban. Perangkat ini juga boleh digunakan untuk menimbulkan kerosakan pada bahagian lain dari tubuh seperti lengan.





9. Cat's Paw

The Cat's Paw (atau Spanish Tickler) digunakan untuk merobek dan mengoyak daging agar terlepas dari tulang. Digunakan pada keseluruhan bahagian tubuh. Biasanya digunakan untuk menyiksa tawanan dgn tujuan untuk memperoleh informasi.





10. Head Crusher

Dengan kepala ditempatkan di bawah topi dan dagu diletakkan pada sebuah plat besi di bahagian bawah, skru bahagian atas perangkat yang mengerikan ini perlahan-lahan berputar dan menekan tengkorak dengan keras. Pertama gigi hancur, pecah dan rahang patah. Kemudian mata terperas keluar dari rongga mata - menurut beberapa versi alat ini mempunyai wadah khusus untuk menampung patahan tulang dan sisa isi kepala yang terburai. Terakhir, tulang tengkorak hancur dan isi kepala terkeluar. Dalam tahap-tahap sebelumnya, para penyiksa menempatkan kepala dijepit dengan keras dan memukulkan songkok logam secara berkala; setiap rasa sakit akibat pukulan akan menggema di seluruh tubuh korban.
Menurut satu sumber, kaedah penyiksaan ini masih digunakan sampai sekarang untuk menginterogasi para tawanan.