Lit Up Pumpkin 5

Tuesday, November 13, 2012


Bunyi Pelik Kota Semarahan Kedengaran Di Seluruh Dunia

Ingat tak lagi cerita bunyi pelik di Kota Semarahan Sarawak yang menyebabkan orang ramai tidak dapat tidur malam pada 11 dan 12 Januari 2012? Sebenarnya pada lingkungan hari yang sama (minggu kedua), bunyi tersebut kedengaran di North Battleford, Kanada, Rusia, Tengah AS dan Eropah Yang paling menyeramkan, bunyi tersebut sama di semua kawasan ini. Apakah sebenarnya bunyi pelik ini? Raksasa? Adakah khidmat Ultraman diperlukan? Atau ini adakah petanda kiamat? atau hanya sebuah projek yang kebetulan beroperasi di seluruh dunia secara serentak


 







Gambar "Got Demon On Sofa" Menjadi Sensasi

Facebook/Twitter
Gambar "Got Demon On Sofa" Menjadi Sensasi Facebook/Twitter
Nampak tak lembaga seram dalam gambar ini?
clue : sila lihat di sofa sebelah kiri, dekat bantal sofa

Ini merupakan komen orang2 yang melihatnya "Demon" tersebut :
Twitter user Ryan Evans wrote: 'It genuinely made me Jump when I saw it, be warned!'
@casioroee, wrote 'Embarassingly, it really make me jump.'
One person who saw the image on website imgur said: 'I was leaning WAY too close to the screen when I saw that ... thanks for the heart attack imgur.'









Kostum Halloween Terbaik Dari Manila
Philippine Animal Welfare Society telah menganjurkan Malam Halloween seminggu lebih awal. Semua yang hadir wajib untuk memakai kostum terbaik mereka dan membawa haiwan perliharaan mereka. Haiwan perliharaan mereka juga perlu memakai kostum Halloween. Objektif utama malam tersebut adalah untuk mempromosi cara terbaik untuk mengendalikan haiwan mereka. Ini adalah antara kostum terbaik dari Manila.









Patung Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland
Patung Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland .
Bayangkan kamu berjalan di kawasan ni pada waktu malam.







3 Buah Rumah Berhantu Yang Famous di Shah Alam

1. Banglo Kayangan, Seksyen 12, Shah Alam




Banglo ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam. 

Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey, tapi maaf, saya takde bukti kukuh tentang rumah ni milik siapa .Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah ni .Ada orang cerita rumah ni dulu terbakar, orang gaji mati kat dapur, ada orang cerita anak kepada owner rumah ni mati di buaian dan macam-macam lagi.
2. Seksyen 2, Shah Alam (Mungkin dah roboh)


Rumah lama dahulu penghuninya India, ditinggalkan lewat 80an, jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah. Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.
3. Rumah RM50, Seksyen 2, Shah Alam











Rumah ni merupakan rumah yang paling femes kat Shah aLAm ni. Tentang rumah ini, terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (Google search if u want to read ). Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat.

Jelmaan Hantu Pada Potret Abad Ke-19
Berikut adalah potret lama abad ke-19 yang didakwa mempunyai jelmaan hantu. Tidak dapat dipastikan samada ada potret ini telah di edit atau memang terdapat jelmaan di dalamnya. Jin dan syaitan itu memang wujud. Tetapi zaman sekarang macam-macam dapat dibuat dengan photoshop. marilah layan gambar2 tersebut meski sesetengah tu nampak macam fake.













Monday, November 12, 2012


Taman Neraka (Hell Park) Di Thailand Yang Ngeri Dan Menggerunkan



Berhampiran Bangsaen Beach di Chonburi, terdapat sebuah kuil yang dikenali sebagai Wang Saen Suk (วัง แสนสุข) di mana mereka mempunyai Taman menarik yang menunjukkan pengunjung dengan sangat jelasnya apa yang akan berlaku kepada mereka jika mereka berbuat dosa.Sebagai contoh, jika anda orang-orang yang dusta, lidah anda akan terjulur keluar dan jika anda mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang lain, anda akan dipaksa untuk memanjat pokok yang berduri.Bayaran masuk ke taman neraka Wang Saen Suk ialah 20 Baht. Ada papan tanda dalam bahasa Thai dan English yang akan menerangkan setiap hukuman ini.