Lit Up Pumpkin 5

Tuesday, August 7, 2012


The Exorcist









“The Exorcist” merupakan filem adaptasi karya William Peter Blatty yang diterbitkan pada tahun 1971 dan diarahkan oleh William Friedkin. Terkenal dengan kisah seorang budak perempuan yang telah dirasuki syaitan dan menjadi filem seram ikonik Hollywood, ia dikatakan telah diilhamkan daripada sebuah kes rasuk pada akhir tahun 40-an.

Pada 20 Ogos 1949, akhbar Washington Post telah menerbitkan satu artikel yang berjudul “Paderi Membebaskan Budak Lelaki Mt. Rainier yang Dirasuki Syaitan”. Ia melaporkan tentang seorang budak lelaki dari Maryland yang telah diselamatkan oleh seorang paderi Katolik melalui upacara menghalau syaitan.

0 comments:

Post a Comment